Wahana Deksu `Pembuka Mata...
Undilah S-Tujuh!!!
Wednesday, January 23, 2008


Wahana Dek Su ingin mengucapkan tahniah kepada Rohasliza Rohmadon kerana berjaya ke pusingan seterusnya (peringkat separuh akhir), dalam pertandingan Talent Quest di Bishan, Junction Eight minggu lalu.

(carta undi)

(pengikut setia; Jbons Inc.)

Walau apa pun keputusan akhir pertandingan Talent Quest, yang pasti Rohasliza telah pun mempunyai pengikut-pengikut setia yang sedia berkorban apa sahaja ...

... termasuk duit dalam tabung simpanan masing-masing. Wang yang dihabiskan untuk mengundi dianggarkan telah mencecah jumlah yang cukup untuk membeli LIMA (bukan satu, bukan dua) meals di Mcdonald's.


Keluarga WDS sentiasa mendoakan sukses buat Rohasliza. Anda ingin melihat bakat terpendam awok-awok WDS ini? (Siapa cakap awok-awok takleh nyanyi solo?) Sila beri sokongan yang padu buatnya di peringkat separuh akhir di...


Tempat: Junction Eight, Bishan
Tarikh: 23 Februari 2008


Jumpa anda di sana!


Wahana Dek SuImage hosted by Photobucket.com 8:05 AM
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aik?! Macam mana dia boleh masuk?
Friday, January 11, 2008



Pengumuman yang amat mengejutkan telah berlaku dalam bilik B1-01 malam semalam. Siti Rohani i.e Hani/Ani/Petomyak?/manusia-paling-bising-lagi-membisingkan-dalam-WDS, telah dilantik sebagai Ketua Murid (member of Student Council) baru-baru ini.



Sehingga sekarang ramai yang masih pelik tentang rasional di sebalik perlantikan tersebut. Namun demikian menurut khabar angin (actually irah ah yang cakap), "... dia jadik budak baik satu bulan, sebab tu dapat jadi councillor..."


Walau apa pun, pihak Wahana tumpang gembira kerana beliau berjaya dilantik untuk menduduki posisi di pucuk pimpinan sekolah dan juga mampu yakinkan gurunya bahawa dia seorang "budak baik".


Syabas Rohani. MOGA perangai duduk-diam-diam-sikit berkekalan lebih sebulan.


Wahana Dek SuImage hosted by Photobucket.com 9:46 AM
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tahun Baru, Muka Baru
Sunday, January 06, 2008


(Amra Maisarah - Bayi sulung Aisyah & Murad)



4 Januari 2008 menempah sejarah buat Wahana Dek Su, kerana seorang ahlinya telah melahirkan bayi sulungnya, dengan selamatnya. Amra Maisarah, yang merupakan puteri sulung Waisyah Deksu, telah dilahirkan pada 4 Januari 2008 pada jam 1130am, di KKH.




Keluarga Wahana Dek Su mendoakan agar Amra Maisarah sekeluarga berada dalam keadaan sihat-sihat selalu. :)




... dan kalau nak join aunty-aunty main dikir barat jangan malu-malu k?...


Wahana Dek SuImage hosted by Photobucket.com 8:01 AM
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Latihan Pertama Tahun 2008
Friday, January 04, 2008


Syukur, masih ada manusia yang sudi datang latihan dikir barat kami. Suasana sama juga dalam bilik B1-01 setiap Jumaat...

nyanyi masih kena buka mulut besau-besau...


tepuk masih gunakan tangan...

... dan lirik lagu masih ditulis dalam aksara rumi di papan tulis.

Selain itu, jbons masih jbons, tourist Jepun masih kawaiiiii, dan akhir sekali anak Encik Malek masih suka petik gambar-gambar candid yang maha buruk...





ouh tapi kita takkan lupa, ada orang pakai sweater lawa sikit niari...

"oit, mana sweater batik? "





Walau apa pun rupa, perangai atau sweater yang dipakai, kedatangan setiap ahli amat dihargai.




Ok jumpe minggu hadapan. Pastikan jumlah kedatangan tidak merosot, kerana kita akan membuka pintu kepada beberapa orang tetamu istimewa Jumaat akan datang.


Wahana Dek SuImage hosted by Photobucket.com 8:53 AM
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Yok, kita buka lembaran baru...
Wednesday, January 02, 2008



Serupa cahaya lilin yang sementara...



Dunia bagaikan roda
Lingkaran tiada hujungnya
Kadangkala di atas mengangkasa kita
Kerapkali juga di bawah diinjak dihina



Ayuh teman-teman kita buka lembaran baru dengan muka baru, (TSHIRT BARU?), nafas baru dan semangat baru. Moga ikatan persaudaraan dikir Wahana Dek Su kekal erat, buat masa mendatang.





(Siapa-siapa yang nak tshirt atau merchandise wahana yang lain, sila bawa design pada latihan seterusnya hari Jumaat ini :) )


Wahana Dek SuImage hosted by Photobucket.com 7:23 PM
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



chat with us




View Guestbook|Sign Guestbook

dar-links


Wahanation
  • Aishah: friendster|blog
  • Aisyah: friendster
  • Amelia: friendster
  • Arifah: friendster
  • Arina: friendster
  • Azirah: friendster
  • Diah: friendster|blog
  • Didi: friendster
  • Farhana: friendster|blog
  • Hana: friendster
  • Jaja: friendster|blog
  • Jun: friendster|blog
  • Kecik: friendster
  • Liza: friendster|blog
  • Nana: friendster
  • Nirah: friendster
  • Nisa: friendster
  • Rafidah: friendster
  • Rohani: friendster
  • Sabariyah: friendster
  • Saihah: friendster|blog
  • Shikin: friendster
  • Siti: friendster
  • Wany: friendster|blog


  • General
  • dikirsingapura
  • friendster


  • Exits
  • Andika
  • Dendang Mutiara
  • Durbar Dua (new!)
  • Hulubalang
  • Makyong Kedek
  • Rajawali
  • Sri Andalas
  • Sri Kandi
  • Tumpat
  • archive

    Music


    Photos
    Videos
    Footsteps
    November 2006
    December 2006
    February 2007
    March 2007
    May 2007
    June 2007
    July 2007
    August 2007
    September 2007
    October 2007
    November 2007
    December 2007
    January 2008
    February 2008
    March 2008
    May 2008
    June 2008
    July 2008
    August 2008
    September 2008
    October 2008
    November 2008

    events


    July 2007

    M

    T

    W

    T

    F

    S

    S

    1
    2 3 4 5 6 7 8
    9 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29

    Note: Hover over the dates to view the upcoming events.

    credits

    Blogger: Aishah
    Overall Design & Maintenance: Amelia
    Box Codes: Kriss